Pelihara Hati Nurani

Hati merupakan sebahagian daripada iman dalam diri seseorang. Hati perlu dijagai agar ianya melahirkan peribadi yang soleh. Sifat sombong dan iri hati dengan orang lain amat ditegah dalam islam terutamatanya iri hati dengan saudara segurunya sendiri.
Islam mengajar kita tentang bagaimana memelihara hati nurani kerana dengan hati yang baik kita akan dapat hidup dengan aman dan tenteram. Seorang pejuang wajib melatih hatinya sendiri agar ia dapat meneruskan perjuangan memertabatkan agama Islam secara menyeluruh. Rujuklah kepada guru agama yg lebih arif dalam bagaimana memelihara hati nurani agar kita mencapai nikmat kebahagian dunia dan akhirat. Hindarilah sikap sombong, bangga diri tak tentu pasal, riak dan sebagainya yang menjadikan diri kita hanyut dalam ego kita sendiri.